Kotaku."> Kotaku." /> Kotaku." />

Ahli Parlimen di Australia cadang akta loot-box

Seorang ahli parlimen di Australia mencadangkan kotak tikam (loot box) tidak akan dibenarkan untuk kanak-kanak, seperti yang dilaporkan oleh Kotaku.

Pindaan akta loot box ini akan mengharamkan apa-apa permainan video yang mempunyai loot box untuk kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.

“Kami sebagai negara hanya menerima orang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja untuk berjudi dan ini hanya untuk orang dewasa dan sebagai peringatan untuk ibu bapa,” dari parlimen Australia ke Daily Telegraph.

Setiap permainan video yang mempunyai loot box pula akan ditukar rating ke R18+.

Akta ini akan cuba dipinda selewat-lewatnya pertengahan Ogos ini.

Hal ini bakal mengejutkan industri permainan video di Australia apabila permainan yang mempunyai loot box seperti Overwatch, PUBG dan lain-lain akan dihalang oleh kerajaan Australia.

Adakah permainan video gacha juga akan termasuk di dalam akta ini?

RELATED NEWS

+