Yoodo Alliance 4Rivals juara PMPL MYSGPH S5

Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima kini sudah pun tamat.

Pasukan Yoodo Alliance 4Rivals berjaya muncul juara dengan kutipan sebanyak 246 mata. Tempat kedua dipegang oleh pasukan Dingoz Esports dengan 239 mata.

Pasukan 4Rivals sekali lagi membuktikan mereka sangat konsisten di peringkat liga dan juga peringkat akhir.

Tahniah diucapkan kepada pasukan 4Rivals, Dingoz Esports dan juga Farang Lejund kerana mereka akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Asia Tenggara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL SEA) musim kelima nanti.

Sementara itu, Homebois, Genexus dan RSG MY akan layak ke peringkat play in PMPL SEA untuk berpeluang menyertai kejohanan itu.

Hanya tiga pasukan yang akan layak. Adakah ketiga-tiga pasukan ini mampu mengisi slot itu? Kita bakal saksikan.

Foto: Yoodo Alliance 4Rivals

RELATED NEWS

+