Bigetron RA buka pengambilan pemain baru

Bigetron Red Aliens baru sahaja kehilangan jurulatih PUBG Mobile mereka iaitu JangS.

Selepas JangS keluar, BTR RA menyaksikan antara prestasi yang merudum dalam sejarah pasukan mereka apabila mendapat tempat tercorot di Play-Ins serta gagal layak ke peringkat Asia Tenggara bagi tahun ini.

Ini kerana mereka tiada jurulatih baru bagi menggantikan posisi JangS. Kini mereka mengumumkan pengambilan terbaru pemain untuk divisi PUBG Mobile mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

Adakah dengan pengambilan pemain baru ini akan menyaksikan Bigetron RA melakukan rombakan seperti yang dinyatakan oleh CEO mereka dengan hashtag #newera?

Kita bakal saksikan.

Sumber: Bigetron Esports

Foto: Esports – Skor ID

RELATED NEWS

+