Akhirnya selepas 3 tahun, Soloz kembali ke MPL MY

Selepas hampir tiga tahun tidak bermain secara kompetitif, Soloz akhirnya membuat kemunculan semula di pentas MPL MY S11.

Soloz atau nama sebenarnya, Faris Zakaria bermain untuk pasukan HomeBois sebagai seorang Gold Laner namun tidak dimainkan untuk dua minggu.

Akhirnya pada hari Ahad, dia diturunkan menentang Team Lunatix untuk menggantikan Anip.

Soloz yang bermain Melissa masih berbisa walaupun menentang bintang Team Lunatix iaitu Jowm yang bermain Bruno.

Walaupun tiada kill, namun Soloz tetap membantu pasukannya dengan meraih 8 assist.

Mereka memenangi perlawanan pertama selepas Homebois menghukum kesilapan yang dilakukan oleh Team Lunatix.

Namun pada perlawanan kedua dan ketiga, draft Team Lunatix membolehkan Jowm yang bermain Melissa dan Claude menyinar dan mengalahkan Soloz di lane.

Soloz nampak bergelut selepas banyak kali diserang hendap oleh ahli pasukan Team Lunatix.

Dan ia menjadi salah satu punca Homebois tewas buat kali pertama di pentas MPL MY pada musim ini.

Homebois akan berjumpa dengan pendahulu liga iaitu Team SMG yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga minggu ketiga.

RELATED NEWS

+