CikuGais antara Gold Laner terbaik menurut pengulas MSC 2023

Bahang Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2023 semakin hangat dan baru-baru ini, para pengulas memilih tiga Gold Laner terbaik.

Pemain paling bernilai di kejohanan dunia M4, Bennyqt daripada pasukan ECHO menjadi pilihan lapan daripada sembilan pengulas.

Hanya pengulas daripada Singapura iaitu Abstract memilih Gold Laner Todak iaitu Cikugais sebagai Gold Laner terbaik untuk MSC 2023.

Mirko yang merupakan salah seorang pengulas terkenal menganggap bahawa CikuGais merupakan salah seorang Gold Laner terbaik selepas Bennyqt.

Dia melengkapkan senarai Gold Laner terbaik dengan meletakkan Gold Laner ONIC Esports, CW di tangga ketiga. 

Pengulas Filipina, Reptar menganggap bahawa CikuGais merupakan seorang pemain yang mampu mencipta kelainan.

“Walaupun dia (Todak) dalam situasi kalah, dia (CikuGais) akan melakukan satu magis untuk Todak menang perlawanan tersebut dan menjadi MVP” kata Reptar.

Sunfrost dan ST14 turut menyertai Reptar dalam menyenaraikan CikuGais sebagai Gold Laner terbaik di MSC 2023.

CikuGais dan Todak akan bertolak ke Kemboja pada Ahad untuk bersiap sedia menghadapi saingan di kejohanan tahunan itu.

Mereka akan menentang Team Occupy pada 11 Jun dan Blacklist International pada 13 Jun.

RELATED NEWS

+