MSC 2023: Inilah hasil undian Peringkat Kalah Mati

Selepas tamatnya peringkat kumpulan di Mobile Legends: Southeast Asia Cup (MSC 2023) di Kemboja, kini lapan pasukan akan berentap di peringkat kalah mati.

Pada perlawanan pertama, RSG Slate SG daripada Singapura akan memulakan peringkat kalah mati dengan berentap dengan pasukan tuan rumah iaitu Burn X Flash.

Juara M3, Blacklist International akan berlawan dengan satu-satunya pasukan jemputan yang layak ke peringkat kalah mati iaitu Fire Flux Impunity di perlawanan kedua.

Di perlawanan ketiga, Wakil Malaysia, Todak berdepan tugasan besar di mana juara dunia ECHO akan menjadi lawan mereka dan sudah semestinya ECHO mahukan tahkta MSC 2023.

Akhir sekali, salah satu pasukan gergasi Indonesia iaitu ONIC Esports dan EVOS Legends akan dihantar pulang selepas mereka akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan keempat.

Pemenang di peringkat suku akhir akan bertemu di peringkat separuh akhir dan ramai menjangkakan bahawa banyak kejutan boleh berlaku di peringkat kalah mati.

Dengan ketiadaan format Upper dan Lower Bracket, semua pasukan tidak boleh menyimpan strategi mereka dan perlu menggunakannya ketika di peringkat ini kerana jika pasukan tersebut tewas, mereka akan tersingkir daripada MSC 2023.

RELATED NEWS

+