Al Ikhlas Esports dilancarkan – ada sesi ramah mesra bersama Team Bosskurr, juga Soloz

Pada Sabtu lalu, syarikat peruncitan Al Ikhlas Gadget memperluaskan jenama mereka dengan pengenalan Al Ikhlas Esports sebagai satu usaha memampankan lagi nama mereka dalam bidang perusahaan gadget dan teknologi dengan kerjasama Team Bosskurr.

Dalam satu kenyataan, wakil Al Ikhlas Gadget Esports berkata, mereka akan mula memperkenalkan merchandise (barangan) dan menubuhkan pasukan e-sukan.

“Selain merchandise baharu hasil kolaborasi bersama Team Bosskurr ini,  kami akan memperkenalkan pasukan e-sukan di bawah jenama baharu ini tidak lama lagi,” katanya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al Ikhlas Gadget, Tuan Farouk Hassanain Hashim.

Sebelum ini, Al Ikhlas Gadget adalah penaja utama Team Bosskurr dari awal ia ditubuhkan dan akan diteruskan untuk masa akan datang.

Ketika majlis pelancaran yang bertempat di cawangan Bandar Baru Uda, majlis itu turut menyertakan sesi ramah mesra bersama ahli-ahli Team Bosskurr antaranya Soloz, Agus, Penjahat, Daddyhood, Obot, Ombong dan Aul.

Seramai 100 pelanggan dapat bergambar dan suai kenal bersama ahli Team Bosskurr menerusi pembelian merchandise secara dalam talian dan walk-in. Peminat Team Bosskurr rata-ratanya terdiri daripada gamers yang masih kanak-kanak dan di peringkat remaja.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+