Team Bosskurr tersingkir, Geek Fam terus mara

Pasukan Bosskurr dan Geek Fam memulakan perlawanan pembukaan di peringkat playoff hari kedua. Hanya 1 pasukan yang akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Mampukah pasukan Bosskurr menewaskan Geek Fam? Kita saksikan perlawanan pada hari ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Mom dari pasukan Bosskurr cuba menganggu Maima mendapatkan orange buff namum beliau terkorban selepas dikejar oleh Maima. Geek Fam gagal mendapatkan objektif oleh kerana peta yang dikawal pasukan Bosskurr. Bosskurr terus bermain agresif dan mengambil kesemua buff pasukan Geek Fam.

Perbezaan gold pada minit ke-8 untuk kedua-dua pasukan sudah mencecah 4 ribu dengan memihak kepada pasukan Bosskurr. Lord berjaya diambil dengan mudah oleh Team Bosskurr pada minit ke-10 dan berjaya menghancurkan kesemua inhibitor turret pasukan Geek Fam. Team Bosskurr kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-15.

PERLAWANAN KEDUA

Pusingan kedua kali ini berbeza dengan perlawanan pertama untuk pasukan Bosskurr. Geek Fam lebih kuat di bahagian draft, Sonic mengalami kesukaran untuk farming berbanding Ling yang digunakan Maima. Pasukan Geek Fam terus mengawal peta dan tidak memberikan peluang kepada Bosskurr untuk bernafas.

Lord pertama berjaya diambil pasukan Geek Fam dan berjaya menjatuhkan 2 inhibitor turret pasukan Bosskurr. Pasukan Bosskurr harus melakukan pertahanan dan mencari peluang untuk comeback di dalam perlawanan kedua ini. Geek Fam menunggu Luminous Lord muncul dan terus melakukan serangan ke atas Luminous Lord dan menamatkan permainan pada minit ke-14.

PERLAWANAN KETIGA

Perlawanan penentuan untuk kedua-dua pasukan akan diketahui di perlawanan ketiga ini. Kedua-dua pasukan berbalas serangan di antara satu sama lain. Namun begitu keadaan mula berubah selepas Xorn berjaya menggunakan ejector ke atas Sonic dan menumbangkan beliau pada minit ke-9. Geek Fam mengambil peluang itu untuk mengambil Lord yang pertama memandangkan pasukan Bosskurr tidak ada retribution untuk mencuri Lord.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan Geek Fam berjaya mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-14 untuk menamatkan permainan. Kekuatan dari Luminous Lord berjaya menghancurkan kesemua inhibitor turret pasukan Bosskurr dan mereka terus mendapatkan kemenangan pada minit ke-16. Kemenangan ke atas pasukan Bosskurr akan menyingkirkan pasukan itu dan Geek Fam terus mara ke peringkat seterusnya.

 

 

RELATED NEWS

+