“Alberttt menjadi inspirasi saya bermain Ling,” – Aliff

Aliff bermain Ling dengan begitu baik sekali di perlawanan ketiga di minggu ketujuh MPL MY S9 menentang juara musim ketujuh iaitu RSG MY.

Penulis sempat menemu bual Aliff selepas MAB mendapatkan kemenangan 2-1.

Ketika ditanya tentang perasaannya tewas di perlawanan pertama. Alif berkata disebabkan satu kesilapan, RSG MY berjaya comeback.

“Sebab kami dah pegang permainan pertama itu, disebabkan satu kesilapan mati seorang demi seorang di kawasan Lord.

“Kami berjaya memperbaiki kesilapan selepas perlawanan pertama dengan berbincang dan tidak berlaku lagi kesilapan yang sama,” katanya.

Ditanya tentang penggunaan Ling di dalam perlawanan ketiga, Aliff menyatakan Albertt menjadi inspirasinya bermain Ling.

“Ling adalah salah satu hero kegemaran saya, saya baru sahaja bermain 500 perlawanan menggunakan Ling dan Alberttt menjadi inspirasi saya.

“Kita sedia maklum Ling Alberttt sememangnya hebat,” katanya.

Ketika Aliff ditanya tentang pendapatnya terhadap jurulatih baru iaitu Fikry Amir.

“Dia sangat membantu kami untuk membuat strategi dan pemilihan hero. Kami sememangnya memerlukan jurulatih dan dia pelengkap pasukan kami.

“Kami memang berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkit semula selepas banyak kali tewas di minggu-minggu sebelumnya,” katanya lagi.

Aliff menyatakan mereka tidak mengambil hati tentang kecaman netizen terhadap mereka.

“Kami tidak mengendahkan tentang komen-komen negatif dan berbaur toksik. Kami hanya fokus tentang perlawnaan kami dan cara untuk memperbaiki corak permainan,” ujarnya.

Ditanya tentang pandangannya terhadap Abang Lord, dia menyatakan Abang Lord adalah boss yang terbaik.

“Abang Lord adalah boss yang paling sempoi dan sangat membantu kami.

“Saya sangat menghormatinya dan susah untuk kita mendapat boss seperti Abang Lord,” akhirinya.

Mampukah pasukan MAB Esports menewaskan pasukan Geek Fam selepas ini? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+