Alberttt ungkap alasan beliau tidak diterima masuk EVOS Legends

Alberttt adalah salah seorang pemain muda yang bersinar di arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. Beliau berjaya menjadi juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim keenam.

Ketangkasan dan kemahiran beliau bermain Ling menjadi buah mulut orang ramai dan kebanyakan pasukan akan melakukan respect ban ke atas Hero itu jika bertemu RRQ Hoshi.

Beliau sebelum ini pernah sempat melalui tempoh percubaan di EVOS Legends. Menurut ONE Esports, sudah banyak kali Alberttt mendedahkan perkara itu. Namun begitu, ketika Empetalk berlangsung, Alberttt lebih cenderung menceritakan hal sebenar.

“EVOS Legends menyatakan bahawa saya kurang berkomunikasi di antara pasukan namun saya merasakan perkara itu tidak benar. Rasanya okay sahaja antara pasukan, mungkin Jeje lebih hebat ketika itu. Saya juga tidak tahu mengapa saya tidak diterima masuk,” ujarnya.

“Waktu itu saya percaya diri saya boleh masuk EVOS, tapi apakan daya mungkin belum sampai masanya rezeki saya diterima masuk,” tambah beliau. 

Walaupun Alberttt tidak sempat masuk ke EVOS, prestasinya di RRQ Hoshi pasti menarik minat pasukan Sang Macan Putih itu untuk menerima beliau suatu hari nanti. Namun, tidak mungkin Alberttt ingin bertukar angin buat masa terdekat ini.

Foto dan sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+