Alice dah kena nerf tapi masih lagi kuat?

Walaupun dah kena nerf, namun Alice masih lagi hero yang menerima kadar ban ‘wajib’ di mod rank MLBB.

Ini kerana mungkin ramai yang tak membaca patch baharu dikeluarkan semalam. Tinjauan penulis mendapat Alice masih lagi dikenakan ban dalam lebih 10 perlawanan dimainkan.

Tapi apakah nerf yang dikenakan? dan adakah dia masih kuat untuk digunakan? Jom baca:

Mengikut nota patch baharu ini, Alice dikatakan sangat berkuasa sehinggakan dia banyak digunakan di posisi Jungler saja. Oleh itu, prestasinya sebagai jungler dikurangkan sikit impak oleh Moonton.

Untuk kuasa kedua, bonus serangan mengikut HP dikurangkan 3.5%-6% kepada 2.5%-5%. Tapi ia membolehkan damage bergantung pada HP mempunyai efek baharu sebanyak 250-500 damage kepada creeps.

Ultimate pula tidak akan lagi mengurangkan cooldown kuasa pertama dan kedua jika digunakan terhadap creep.

Namun, tinjauan penulis mendapati Alice masih lagi kuat di rank jika tidak dikenakan ban.

TAGS

RELATED NEWS

+