Among Us: Kemaskini terbaru – undi rahsia, senarai kawan dan hilangkan taskbar

Setelah sekian lama menunggu, Among Us akhirnya tiba dengan kemaskini terbaru.

Pertamanya adalah undian anonymous yang mana pemain boleh mengundi tanpa mendedahkan identiti mereka. Kemaskini ini sudah tiba di Android, iOS dan Steam.

Selain itu, pemain juga ada pilihan untuk menunjukkan task bar hanya di dalam meetings sahaja ataupun terus menyorokkan task bar sepanjang masa. Yang paling menarik, pemain kini boleh mencipta senarai kawan dalam permainan.

Permainan ini juga mesra terhadap individu yang buta warna.

Paling terbaru, Among Us tak lama lagi akan menyokong seramai 12-15 pemain pada satu-satu masa dan peta terbaru akan hadir dengan tema “Henry Stickmin”.

Among Us adalah permainan multi-pemain yang membenarkan pemain menuduh orang lain kerana menjadi impostor (watak yang ditugaskan membunuh semua kru kapal). Bagi memenangi perlawanan, kru kapal perlu menyiapkan semua tugasan atau menyingkirkan Impostor.

Bagi Impostor pula, mereka harus membunuh semua kru kapal untuk menang.

Sumber rujukan: Gadgets.ndtv

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+