Anthem: Pengenalan Kepada Javelin – Apa Yang Korang Perlu Tahu!

Yang paling menarik tentang Anthem sudah tentunya sut Javelin yang digunakan pemain untuk survive dalam dunia serba merbahaya ini. Javelin membolehkan korang terbang melepasi permukaan bumi yang tak tentu, menyelam di terowong air bawah tanah dan pakai set senjata dan kelengkapan yang hebat berdepan musuh.

Setiap model Javelin ini ada kekuatan tersendiri. Bayangkan mengembara bersama rakan korang mengambil bahagian dalam misi berlainan, pastinya perlukan kepakaran tertentu untuk selesaikan tugasan. Jadi yang mana korang akan pilih: Ranger, Storm, Colossus atau Interceptor?

Di sini penulis senaraikan kesemua Javelin yang terdapat dalam Anthem:

The Ranger Javelin

Boleh katakan, ia adalah basic dalam segala hal. Inilah sut pertama korang akan dapat. Ia versatail dan sesuai untuk kegunaan semua jenis kombat.

Bagi korang yang baru main, Ranger adalah yang paling sesuai dicuba kerana faktor versatility diberikan. Kalau di tangan yang mahir, jangan cakaplah pastinya korang akan diperlukan dalam party kerana kepakaran korang berlawan yang mana Javelin lain tak mampu menandinginya.

Untuk setiap jenis perlawanan, Ranger sangat berkuasa dan boleh akses kepada semua jenis senjata yang membuatkan pemain dengan sut ini berguna dalam semua misi dan komposisi pasukan.

The Colossus Javelin

Yang paling besar antara empat, sesuai dengan namanya pulak, Colossus adalah untuk yang gilakan peranan tanker, menahan segala serangan dan memastikan pasukan tak alami kecederaan yang kritikal. Sut ini menggunakan perisai dan juga Siege Cannon.

Colossus adalah mesin perang yang besar dan digunakan untuk melenyapkan kesemua sarang fauna yang ganas dengan kekuatan artileri, lengan yang besar dan juga flamethrower! Untuk abiliti sebagai tank, ia dilengkapi lapisan perisai yang dipertingkatkan. Kalau korang berminat untuk jadi yang pertama di depan, inilah Javelin paling sesuai!

The Storm Javelin

Seakan magician tapi dalam fiksyen sains. Storm Javelin sangat misteri dan berkuasa, menggunakan teknologi maju untuk menghapuskan musuh di depannya.

Javelin ini direka oleh Dominion, kawasan yang didiami Stralheim. Storm menggunakan teknologi yang dimaterai untuk mempertingkatkan kuasa kinesis pemakainya. Kesannya, ia boleh terapung dengan mudah dan melepaskan kuasa Anthem ke atas musuhnya. Walaupun Storm boleh mengenakan damage yang tinggi seakan serangan kilat, ia agak lemah dari segi pertahanan dan hanya yang mahir saja boleh bertahan lama dan serang dari jarak jauh.

The Interceptor Javelin

Seperti pembunuh hendap atau assassin, Interceptor hanyalah bayang-bayang sebelum musuh mendapati mereka benar-benar diserang. Pemakai sut ini boleh muncul di sebelah musuh dengan sepantas mungkin, mengenakan damage dan terus dash sebelum diserang balik.

Pemakai menggunakan pedang yang berkuasa dan dengan abiliti lain, Interceptor perlukan pemain yang boleh mengharapkan diri sendiri dan sangat berguna membantu ahli skuad lain.

Korang akan unlock keempat-empat sut dalam Anthem, jadi biasakan diri nanti dengan kesemua sut ini dan mainkan ikut playstyle korang.

Sumber: EA

RELATED NEWS

+