Mass Effect: Legendary Edition akan tiba pada 14 Mei 2021

Electronic Arts (EA) akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk Mass Effect: Legendary Edition. Ia akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 14 Mei tahun ini.

Permainan ini merupakan koleksi lengkap trilogi Mass Effect yang merangkumi Mass Effect, Mass Effect 2, Mass Effect 3, dan semua kandungan tambahan (DLC) yang pernah dilancarkan untuk ketiga-tiga permainan tersebut.

Koleksi ini juga hadir bersama beberapa ciri yang telah dinaik taraf seperti kualiti grafik, kualiti audio, dan banyak lagi. Antara ciri-ciri baharu menarik adalah tekstur 4K, lebih banyak pilihan rekaan watak Shepherd, dan kemudahan menyambung jalan cerita dari permainan pertama hingga permainan ketiga.

Penulis yakin para peminat Mass Effect tidak sabar untuk meneroko semula galaksi Mass Effect. Ia kini boleh dipra-tempah untuk PC melalui Steam pada harga RM249.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mass Effect: Legendary Edition, anda boleh melayari laman web rasmi permainan tersebut di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+