Apex Legends Mobile diumumkan untuk Android dan iOS

Kuala Lumpur: Apex Legends dilaporkan akan berada di peranti pintar tak lama lagi.

Dalam satu pengumuman, permainan video Battle Royale yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment ini pada awalnya hanya dilancarkan di PC dan konsol. Namun, dengan adanya Fortnite, Free Fire dan PUBGM yang sudah dilancarkan di mobile, pastinya peminat tertunggu giliran Apex Legends pula.

“Kami akan memulakan beta terbuka serantau pertama di Apex Legends Mobile tak lama lagi bulan ini. Ia adalah Apex Legends yang direka khas untuk skrin sentuh dengan butang kawalan ditambah baik dan pengoptimuman untuk pengalaman battle royale terbaik di peranti pintar,” kata Pengarah Permainan Apex Legends.

Walaupun permainan ini nampak sama seperti versi PC dan konsol, pastinya beberapa perubahan akan dibuat iaitu dari segi jangka masa perlawanan, pembelian in-app dan butang kawalan.

Di saat PUBGM dan Free Fire yang kini mendominasi Asia Tenggara, masih belum pasti bagaimana Apex Legends akan berada dalam ‘liga tersendiri’ dan cetuskan kelainan.

RELATED NEWS

+