5 Permainan Video FPS mudah alih anda patut cuba

First person shooter (FPS) sudah menjadi antara genre permainan video paling terkenal dalam dunia.

Mungkin ramai tidak tahu banyak sebenarnya FPS yang ada untuk pelantar mudah alih.

Malah VALORANT Mobile juga mungkin akan datang pada tahun 2024 ini tetapi nampaknya masih lambat untuk orang cuba permainan ini.

Sementara menunggu, peminat-peminat genre FPS boleh cuba 5 permainan video FPS mudah alih ini.

Ini 5 Permainan Video FPS mudah alih anda patut cuba:

1. Apex Legends Mobile

Sudah semestinya battle royale Apex Legends Mobile patut dicuba oleh peminat FPS dan battle royale.

Dengan setiap karakter mempunyai skill mereka tersendiri, Apex Legends Mobile membawa beberapa legends eksklusif khas untuk versi mudah alih.

2. Modern Combat Versus

Jika anda mahu FPS yang mempunyai grafik dan permainan menarik, Modern Combat Versus adalah untuk anda.

Karakter yang anda boleh dibuat dengan penuh kawalan penuh tepat dan boleh boleh diubahsuaikan.

3.PUBG: New State

PUBG: New State mempunyai satu mod 4 lawan 4 dimana anda boleh berinteraksi dengan objek dan anda juga boleh menukarkan kepada mod third person view.

Grafik permainan ini juga lebih cantik dari PUBG Mobile.

4.Shadowgun Legends

Shadowgun Legends membawa tema sci-fi dimana anda bekerjasama untuk mengalahkan alien.

Shadowgun Legends boleh dicuba jika anda mahukan sesuatu yang berbeza.

5. Infinity Ops

FPS moden yang futuristik dengan permainan yang pantas.

Infinity Ops membawa genre hero shooter.  

Setiap karakter mempunyai kelas dan kebolehan masing-masing.

Apa lagi permainan video FPS mudah alih yang boleh anda cuba?

RELATED NEWS

+