E3 menutup tirai buat selama-lamanya selepas 20 tahun

Secara rasminya E3 kini menutup tirai buat selama-lamanya.

E3 sudah menjadi antara konvensyen dan pelantar media paling besar dalam industri permainan video.

“Selepas 20 tahun E3, dengan setiap acara lebih besar dari sebelumnya, kini masanya untuk mengucap selamat tinggal. Terima kasih atas semua memori yang ada,” kenyataan dari Entertainment Software Association di Twitter/X.

Keputusan ini dibuat apabila acara E3 2023 dibatalkan selepas beberapa pembangun dan syarikat permainan video besar seperti Microsoft dan Nintendo menarik diri.

Pada masa yang sama, E3 juga terpaksa bertanding dengan banyak lagi syarikat lain membuat acara mereka sendiri seperti Nintendo’s Direct, State of Play Sony.

E3 terlalu lambat dalam adaptasi mereka melakukan acara atas talian malah acara atas talian dari HoYoverse sentiasa menunjukkan ribuan ke ratusan ribu penonton.

Tiada lagi penantian trailer video game baharu dan kejutan dari E3 selepas ini dan sudah semestinya industri permainan video tidak akan melupakan jasa E3 terhadap industri.

RELATED NEWS

+