Apex Legends Tournament: AcriAnimo MY Series 6

Buat peminat Apex Legends, nantikan antara kejohanan Apex Legends paling besar di Malaysia.

AcriAnimo MY Series 6 Apex Legends adalah pertandingan yang dianjurkan oleh AcriAnimo.

Pertandingan kali ini adalah edisi keenam yang membawa lebih 80 pasukan untuk berlawan.

60 pasukan dari Malaysia dan 20 pasukan dari luar. Jumlah wang terkumpul untuk pertandingan ini adalah RM2,100.

Pusingan awal akan bermula pada 21 Ogos ini bermula jam 12 tengahari.

80 pasukan ini juga akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Untuk separuh akhir pula, dua kumpulan bakal berentap untuk mendapatkan 10 pasukan teratas untuk layak ke perlawanan akhir.

Perlawanan Akhir pula akan bermula pada 22 Ogos ini pada jam 12 tengahari.

Bagi para peminat dan penonton juga boleh memenangi wang sebanyak RM50 dengan memberi klip video terbaik.

Jangan lupa tonton pertandingan Apex Legends ini nanti di laman Twitch AcriAnimo.

RELATED NEWS

+