Finalis Permainan Video Mudah Alih Terbaik – The Game Awards 2022

Setiap tahun, pasti ramai menunggu The Game Awards untuk melihat senarai semua permainan video terbaik di dunia.

Sama seperti tahun lepas, permainan mudah alih juga tidak terlepas dari disenaraikan dalam kategori tersendiri.

Genshin Impact pula satu-satunya permainan video mudah alih yang tercalon untuk dua kategori iaitu Permainan Video Mudah Alih Terbaik dan Permainan Video Berterusan Terbaik.

Calon-calon :

Apex Legends Mobile – Lightspeed & Quantum/Respawn/EA

Diablo Immortal – Blizzard/Netease

Genshin Impact – Hoyoverse

Marvel Snap – Second Dinner Studios/Nuverse

Tower of Fantasy – Hotta Studio/Perfect World/Level Infinite

The Game Awards akan mula ditayangkan pada 9 Disember, jam 1 pagi waktu tempatan (GMT +8).

Tahun lepas, Genshin Impact sudah memenangi permainan video mudah alih terbaik. Adakah tahun ini mereka akan menjadi juara bertahan?

Anda juga boleh mengundi untuk pemainan kegemaran anda di laman rasmi The Game Awards.

RELATED NEWS

+