Aplikasi ONE Esports dilancarkan khas buat pengguna Samsung Galaxy

Portal berita e-sukan, ONE Esports akhirnya melancarkan aplikasi mudah alih yang dikuasakan oleh Samsung, khas untuk pengguna Samsung Galaxy mengakses berita terhangat dalam e-sukan.

Aplikasi ini hanya akan dilancarkan di model Samsung Galaxy bagi pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Bagi pengguna Samsung Galaxy, mereka mendapat akses awal untuk kandungan ONE Esports di mana terdapat notifikasi yang boleh digubah dan yang menariknya, mereka akan menjadi yang terawal mendapat berita terkini dan terhangat dalam e-sukan.

Selain dari kandungan dari laman web ONE Esports sendiri, aplikasi ini akan menyediakan temubual, panduan dan video untuk pengguna. Akan ada kandungan eksklusif di sebalik tabir untuk pemain e-sukan, tips-tips dari profesional dan video-video gameplay. Kandungan ini akan tersedia dalam bahasa tempatan negara masing-masing.

Aplikasi ini akan dimuatkan dalam siri Samsung Galaxy A dan M baharu serta Galaxy A54 5G dan A34 5G yang baru dilancarkan.

RELATED NEWS

+