Assassin’s Creed 2 Percuma Di Uplay Bermula Pada 14 April 2020

Pemain PC merupakan golongan yang sangat bertuah semasa krisis COVID-19 kerana sering diberikan permainan video percuma. Bermula esok, satu lagi judul yang sangat hebat boleh ditebus dan dimuat turun secara percuma.

Bermula pada 14 April 2020, anda boleh tebus dan muat turun Assassin’s Creed 2 di aplikasi Uplay. Anda hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dan daftarkan akaun Uplay. Judul tersebut akan terus menjadi hak milik anda.

Assassin’s Creed 2 pada asalnya dilancarkan pada tahun 2009 di PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360. Ia tiba di PC pada tahun seterusnya dan sehingga kini boleh dianggap sebagai antara permainan Assassin’s Creed yang paling diminati.

Usia judul ini juga membuatkan ia permainan yang sesuai untuk anda yang tidak mempunyai PC berspesifikasi tinggi. Di samping itu, dua judul penambahan atau sekuel kepada judul tersebut iaitu Assassin’s Creed: Brotherhood dan Assassin’s Creed: Revelations akan dijual pada harga diskaun.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+