Atlet Mixed Martial Arts (MMA) bertukar pelakon dan model, Peter Davis dilaporkan bakal memasuki arena esports tidak lama lagi."> Atlet Mixed Martial Arts (MMA) bertukar pelakon dan model, Peter Davis dilaporkan bakal memasuki arena esports tidak lama lagi." /> Atlet Mixed Martial Arts (MMA) bertukar pelakon dan model, Peter Davis dilaporkan bakal memasuki arena esports tidak lama lagi." />

Atlet MMA Peter Davis Bakal Ceburkan Diri Dalam Esports – Betul Ke?

Atlet Mixed Martial Arts (MMA) bertukar pelakon dan model, Peter Davis dilaporkan bakal memasuki arena esports tidak lama lagi.

Lelaki berdarah kacukan Inggeris – Cina berusia 37 tahun juga suka bermain game bergenre first-person shooter, simulasi perlumbaan dan peminat game retro menyatakan hasrat untuk sertai esports bersama-sama ONE Championship yang baru melancarkan ONE eSports.

Menurut Davis, keputusan ONE Championship untuk melabur masuk ke industri esports adalah satu langkah bijak. Lebih-lebih lagi, syarikat media MMA terbesar di dunia turut melantik bekas juara UFC dan seorang gamer, Demetrious “Mighty Mouse” Johnson sebagai duta ONE eSports.

Peter Davis ketika ditemui oleh MyGameOn di Workout Session ONE Championship Destiny of Championship

Beliau berkata, “Kini, esports merupakan industri giat membangun yang boleh melangkau pembangunan MMA. Semua orang boleh menonton esports di mana-mana sahaja dengan menggunakan pelbagai peranti dari konsol ke telefon pintar.”

Buat masa sekarang, Davis masih lagi tidak mendedahkan posisi sebenar beliau dalam eSports Championship Series tetapi beliau berharap organisasi MMA ini akan mengadakan ‘on-ground tournament’ untuk menarik minat audiens ONE Championship dan juga peminat esports di bawah satu bumbung.

Peter Davis sudah lama berkecimpung dalam sukan seni bela diri campuran sejak pada usia 20 tahun yang pernah bertarung dalam ONE FC dan Malaysian Fighting Championship. 

ONE Championship bekerjasama dengan Dentsu Inc., Razer dan Singtel bagi melabur masuk USD$50 juta untuk menampilkan kejohanan esports yang bakal diadakan di serantau Asia bermula pada tahun 2019.

Peminat sukan MMA, jangan lepaskan peluang korang untuk menyokong atlet MMA kegemaran korang di ONE Championship Destiny of Champions yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 7 Disember 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook rasmi mereka di sini

Ikuti kami di Facebook MyGameOn untuk segalanya gaming dan esports.

RELATED NEWS

+