Back 4 Blood adalah ‘jelmaan’ semula Left 4 Dead

Siapa yang merindukan Left 4 Dead pastinya akan menyukai Back4Blood, satu permainan co-op tembak menembak zombi yang menjadi satu genre popular sepanjang zaman.

Back4Blood dibawakan oleh pencipta Left4Dead jadi gameplay lebih kurang sama iaitu empat pemain ditempatkan dalam satu kawasan dan perlu bergerak ke kawasan lain sementara mencari tujuan untuk menamatkan wabak ini. 

Namun, yang membuatkan perbezaan adalah penambahan jenis zombi yang dalam permainan ini lebih dikaitkan dengan alien. Terdapat variasi alien baharu diperkenalkan juga.

Untuk maklumat lanjut, tunggulah sehingga permainan ini dilancarkan pada Oktober nanti. Buat sementara waktu, anda boleh saksikan bagaimana game ini dimainkan melalui video di atas.

RELATED NEWS

+