Baloyskie dan Hadess masuk Geek Fam ID?

Dua hari lepas, ONIC PH baru sahaja melepaskan hampir kesemua pemainnya. Kini, sudah terdapat khabar angin bahawa bekas roamer pasukan itu, Baloyskie, akan memasuki pasukan Geek Fam ID.

Menerusi sebuah hantaran Instagram @emak_moba, terdapat nama Baloyskie dan bekas pemain ECHO PH, Hadess di dalam skuad Geek Fam ID.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Petang semalam, Instagram rasmi Geek Fam ID mengeluarkan video teaser yang bertajuk sesuatu besar akan datang. Kehadiran bendera Filipina dalam video pendek itu seolah-olah mengesahkan pasukan itu membawa masuk pemain Filipina.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Indonesia (@geekfamid)

Walau bagaimanapun, pemain Filipina yang direkrut oleh pasukan itu masih belum diumumkan secara rasmi.

Adakah Baloyskie dan Hadess akan memasuki pasukan itu sekaligus meningkatkan lagi prestasi pasukan Geek Fam ID pada musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.

Foto: revivaltvid

RELATED NEWS

+