Bapa denda anak ketagih main game dengan bermain lebih banyak game

Kejadian ini berlaku di Shenzen, China.

Seorang bapa memaksa anaknya yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.

Anak lelaki itu berusia 11 tahun dan dipaksa bermain permainan video selama 17 jam sebagai denda.

Dalam satu laporan media dari China, bapa bernama Huang mengetahui anaknya bermain permainan video mudah alih secara bersembunyi pada jam 1.30 pagi pada 8 Mac lepas.

Huang kemudian menyuruh anaknya untuk bermain selama mungkin dengan syarat dia tidak boleh tidur.

Dia cuba untuk membuat anaknya bermain selama 24 jam berturut-turut.

Anak Huang bersetuju dengan syarat itu dan Huang menelefon guru sekolah anaknya memberitahu anaknya tidak dapat hadir.

Pada jam 7.30 pagi anaknya masih boleh bermain dan berjaga.

Lama kelamaan, anaknya kecundang tertidur pada jam 1.30 petang selepas bermain selama 12 jam.

Huang kemudian menyuruh anaknya untuk terus bermain.

17 jam kemudian, pada jam 6.30 petang, anaknya akhirnya berputus asa dan memohon kemaafan dari ayahnya.

Dia juga menulis surat di dalam Bahasa Inggeris untuk tidak lagi bermain permainan video pada lewat malam.

Huang mengatakan walaupun cara ini berkesan untuk anaknya, tetapi dia tidak mengesyorkan cara ini untuk ibu bapa yang lain.

Dia juga mengatakan anaknya mempunyai markah ujian yang baik dan selalu mendengar cakap.

Anaknya juga selalu mengikutinya untuk melakukan aktiviti fizikal.

RELATED NEWS

+