China banyak mengeluarkan beberapa peraturan baru permainan video yang boleh dikatakan agak kontroversi tetapi difahami.
Negara itu mengehadkan masa permainan video untuk kanak-kanak bawah usia selama tiga jam seminggu sahaja.
Disebabkan pandemik yang melanda bermula tahun 2020, ramai rakyat China terpaksa berkurung di rumah mereka dan ramai anak-anak menghabiskan masa untuk bermain permainan video.
Berita dari laman sesawang dari China menberitahu tentang seorang bapa yang sanggup melakukan kempen untuk kesedaran ketagihan permainan video.
Anda boleh lihat video kempen bapa tersebut di sini.
Zheng Lishu, 51, berkempen seorang diri dan akhirnya disertai ramai ibu bapa yang lain membuat kempen untuk kesedaran ketagihan permainan video.
Dia memulakan kempennya bermula Ogos 2021 sehingga April lepas.
Zheng Lishu juga hanya berbasikal hampir separuh dari negara China untuk kempen kesedaran ini dengan membawa banner dan pembesar suara untuk memberi kesedaran kepada orang awam.
Hal ini berlaku apabila anaknya ketagih dengan permainan video dalam talian dan kempen ini dilakukannya untuk membantu anaknya.
Ramai juga netizen China yang bersetuju dengan Zheng dan ada juga yang tidak bersetuju kerana Zheng meninggalkan anaknya untuk berkempen.
Ingatlah tidak kira bagaimanapun, sentiasa bersederhana dalam permainan video dan sentiasa menjaga diri anda supaya tidak ketagih dan membawa masalah ke dalam kehidupan seharian anda.
Sumber rujukan: ifeng