NetEase Games lancarkan ‘mod bawah umur’ untuk perlindungan pemain kalangan kanak-kanak

Bagi menjaga dan melindungi pemain bawah umur, NetEase memperkenalkan ‘Underage Mode’ (Mod Bawah Umur) untuk kesemua permainan video mereka.

Mod ini dilaksanakan selepas China memperkenalkan draf peraturan baru untuk industri permainan video.

Ia memberikan pilihan untuk ibu bapa seperti menutup ruangan chat.

NetEase Parental Care Platfrom boleh diakses terus sebagai salah satu pilihan untuk ibu bapa.

netease parental control options

Perlindungan ini akan memberi pilihan penapisan dan juga membantu ibu bapa supaya tidak terlepas dengan kandungan permainan video yang dimain oleh anak bawah umur temasuk bahan-bahan tidak sesuai dan potensi pembulian siber.

Pilihan seperti menutup chat, menghalang komen dan juga saluran permainan video juga ada.

Fungsi ini masih dalam fasa awal untuk 34 produk NetEase Games.

Pengekangan ketagihan permainan video juga boleh dibuat dengan adanya sistem kawalan ketagihan.

Setakat ini, pelaksanaan program ini hanya untuk China sahaja.

RELATED NEWS

+