Kerajaan China mengatakan mereka berjaya mengekang ketagihan permainan video

Pemuda-pemuda di China sudah berjaya mengurangkan ketagihan permainan video mereka.

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Industri Permainan China (GPC).

Sejak Ogos 2021, kanak-kanak diharamkan untuk bermain permainan video lebih dari tiga jam seminggu.

Sektor permainan viedo itu mengatakan mereka berjaya mengurangkan ketagihan permainan video sebanyak 75%.

Jumlah itu menunjukkan kanak-kanak bermain permainan video kurang dari tiga jam.

Sudah semestinya Tencent juga menjadi salah satu syarikat permainan video yang akur dengan keputusan yang sudah dibuat oleh China dahulu.

“Syarikat permainan video termasuk Tencent berjaya mendapatkan keputusan yang memberangsangkan,” ujar Jawatankuasa Industri Permainan China.

Menurut Tencent, sesi permainan pengguna muda kini berkurang sebanyak 92% sepanjang peraturan itu dikuatkuasakan.

Rujukan: Gizmodo, Reuters

RELATED NEWS

+