Battle Arena Anjurkan Stream Amal Bantu Golongan Autisme

Battle Arena Malaysia mengumumkan penganjuran penstriman langsung (stream) amal bagi menyalurkan bantuan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) bermula hari ini hingga 02 Februari 2020.

Sebelum ini, BA mengadakan promosi di arena sebelum Hari Natal hingga 19 Januari yang mana setiap pengunjung yang bermain game, makan, tambah nilai atau menjadi ahli secara tidak langsung memberikan sumbangan amal. Sebagai contoh, jika mereka memesan makanan, sebanyak RM3 akan dikumpulkan dalam tabung amal.

Penstriman amal ini pula adalah sambungan kepada usaha murni itu dengan menggunakan barisan pemain e-sukan mereka dan streamer jemputan yang mana penonton boleh menderma untuk NASOM.

Terdapat dua cara:

1) Mereka boleh mendermakan menerusi PayPal (butiran lanjut boleh ditemui dalam strim) dan kemudian sumbangan ini akan digabungkan dengan hasil derma dari promosi di arena.

2) Penonton boleh menderma secara terus kepada penghibur penstriman langsung menerusi strim amal mereka.

Segala butiran mengenai NASOM juga diketengahkan dalam strim jadi penonton boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pertubuhan kebajikan yang akan disalurkan hasil sumbangan ini.

Ini adalah nama-nama penghibur penstriman langsung berserta Facebook Page dan waktu strim amal mereka.

Empat streamer jemputan ini pula akan strim pada waktu-waktu berikut:

Rara Vixxen – 8 malam hingga jam 1 pagi (31 Januari)

Wakambing – 9 malam hingga jam 1 pagi (01 Februari)

Flare – 8 malam hingga 11 malam (01 Februari)

Daddyhood – 7 malam hingga 11 malam (02 Februari)

RELATED NEWS

+