Beberapa jam lepas, kita semua dikejutkan dengan berita Farang Esports melepaskan kesemua pemain Farang Lejund.
Kini, Yoodo Alliance mengumumkan barisan pemain mereka untuk liga PMPL 2022 menerusi Instagram rasmi mereka.
View this post on Instagram
Terdapat bekas pemain Farang Lejund dan JangS sebagai pemain dan jurulatih baru untuk pasukan itu.
Pemain Yoodo Alliance yang baru ini dianggotai oleh:
Repoboy
AdikLuq
Helton
Luppy
Oliyo
Syamil
JangS
Sebelum ini, Yoodo Alliance bekerjasama dengan pasukan 4Rivals. Tetapi selepas kontrak mereka selesai, mereka tidak lagi meneruskan kerjasama itu.
Semoga berjaya Yoodo Alliance dan JangS!
Foto: Instagram Yoodo Alliance