Dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang berlangsung hari ini, kerajaan Malaysia akan memperuntukkan RM15 juta bagi pembangunan e-sukan di negara ini.
Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz sebentar tadi.
Berbanding tahun lepas, jumlah itu kurang sebanyak RM5 juta (RM20 juta pada tahun lalu).
Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL), Hisham Darus berharap peruntukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendidik dan membangunkan e-sukan dalam menyediakan ekosistem ekonomi dan perpaduan para belia di Malaysia secara am-nya.