DKG menang kejohanan antarabangsa pertama, Wild Rift Horizon Cup 2021

Pasukan China, Da Kun Gaming (DKG) memenangi kejohanan Wild Rift Horizon Cup 2021 selepas menundukkan pasukan ThunderTalk Gaming 4-2.

Kejohanan antarabangsa ini menampilkan sebanyak 10 pasukan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$500,000 di mana DKG membawa pulang AS$100,000 (RM418,000).

Kedua-dua pasukan ini adalah wakil dari China selepas melayakkan diri dari pusingan kelayakan di negara mereka tak lama dulu.

Team Secret yang menjadi pasukan kegemaran ramai peminat memperoleh tempat ketiga manakala skuad Korea Selatan, KT Rolster di tempat keempat.

Pastinya selepas ini Riot Games mempunyai pelan atau dasar e-sukan lagi hebat untuk tahun akan datang.

Foto: Ginx Esports

RELATED NEWS

+