Berjaya Dragons bawa masuk pemain Thailand dan Filipina

Pasukan e-sukan Wild Rift, Berjaya Dragons, baru-baru ini mengumumkan dua pemain tambahan yang diimport dari Thailand dan Filipina. Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi mereka. 

Sumber: Facebook Rasmi Berjaya Dragon

Dua pemain import itu adalah Ecila yang sebelum ini bermain untuk pasukan RRQ Filipina dan Syndicate yang sebelum ini bermain untuk pasukan INVATE Esport dari Thailand. Ecila dan Syndicate masing-masing akan ditugaskan mengukuhkan posisi Baron dan Jungle. 

Keputusan ini dibuat sebagai satu langkah untuk pasukan Berjaya Dragon menguatkan lagi pasukan mereka di kejohanan Wild Rift SEA Icon Series: Fall Season Super Cup akan datang.

Bulan lalu, pasukan mereka bersama pasukan Geek Fam mewakili Malaysia untuk bersaing di kejohanan Wild Rift SEA Icon Series: Summer Season Super Cup selepas masing-masing  berjaya mendapat tempat di peringkat nasional. 

Sebelum ini pemain mereka BJD zSune mengumumkan mengundurkan diri daripada pasukan itu. 

RELATED NEWS

+