Riot Games saman ByteDance dan Moonton sekali lagi

Riot Games milik Tencent Holding Ltd baru-baru ini menyaman Moonton Technology Co. milik ByteDance Ltd sekali lagi.

Kali ini saman ini berdasarkan dakwaan Moonton meniru beberapa bahan promosi dan kandungan dari Wild Rift yang menjadi versi mudah alih League of Legends.

“Moonton menggunakan taktik peniruan untuk mencipta dan memasarkan permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dengan menggunakan kandungan dari Wild Rift seperti iklan acah, bahan promosi dan kandungan lain,” tulis Riot yang memfailkan saman di mahkamah persekutuan Los Angeles, semalam.

“Tindakan Moonton ni melanggar hak cipta kandungan,” menurut Riot Games.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan balas dari Moonton terhadap dakwaan ini.

Mobile Legends: Bang Bang setakat ini sudah dimuat turun sebanyak 500 juta kali di Android sahaja.

Rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+