Bermula dari main dekat restoran mamak, sekarang berjaya masuk MPL MY musim kelapan

Bermula dari bermain di restoran mamak, dari situlah bakat pemain-pemain pasukan SDGR EA Ebliz ditemukan.

Mereka sudah hampir setahun bersama dan banyak kali mencuba masuk liga profesional Mobile Legends (MPL MY) tapi tidak berjaya. Namun, kali ini tuah menjadi milik mereka.

Pasukan ini berjaya memenangi pusingan kelayakan MPL MY musim kelapan dengan menewaskan Purge Esports, 2-1. 

Bercakap kepada penulis, pengurus pasukan, Afif menceritakan mereka sudah dua kali cuba memasuki MPL.

“Sebenarnya kami dah cuba dua kali masuk MPL pada musim keenam dan ketujuh. Kami selalu sangkut pada peringkat top 8.

“Macam musim-musim lain, kami kompetitif tapi kali ini kami lebih bersedia dari segi mental dan latihan. Alhamdulillah, kami berjaya,” katanya.

Menurut Afif, adalah penting memahami meta terkini dan patch baru kerana pasukan yang cepat adaptasi mempunyai pemahaman lebih baik terhadap permainan.

“Kami memang ada latihan yang intensif sehingga 12 jam termasuk scrim. Kami juga scrim dengan pasukan luar seperti Indonesia dan Singapura,” katanya.

Kata Afif, Akademi Saudagar Electronic Art (SDGR EA) memang nak bantu pemain untuk improve daripada segi latihan, fasiliti dan jurulatih.  

Akademi ini ditubuhkan oleh penyanyi rap dan komposer terkenal, Kmy Kmo atau nama sebenarnya, Lukmanul Hakim bersama dua sahabatnya, Irszuan Zabani dan Redzuan Khalid.

Organisasi ini juga mempunyai pasukan lain dalam e-sukan antara lain, Wild Rift.

Musim liga MPL MY S8 dijangka bermula Ogos ini dan menampilkan 10 pasukan (8 jemputan) bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM419,000).

Pasukan Ebliz dianggotai oleh:

  • Wan Muhammad Hafizan Bin Kamis (Kapten) – Mevi
  • Muhammad Asyraf Bin Annuar – Sori
  • Muhammad Fahmi Farhan Bin Shamsudin – Levii
  • Muhammad Khuzaimi Bin Ismail – Kuz4
  • Muhammad Nuraidil Fitri Bin Mahadzir – Mayoz

RELATED NEWS

+