Bigetron Alpha acah roster untuk musim kelapan, Branz ke sidelane?

Melalui perkongsian di akaun rasmi Instagram mereka, BTR memberi gambaran roster mereka yang akan beraksi di MPL Indonesia musim kelapan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Mereka adalah Maxx, Bottle, Branz, Renbo, Rippo, Kyy, Matt dan Dreams. Khabar angin Branz akan bermain untuk posisi sidelane ternyata benar sama sekali. Dari awal pengambilan Bottle di dalam pasukan, BTR sememangnya mahu pemain baru itu memegang posisi jungler.

Mungkin Maxx akan menjadi pemain simpanan, Branz dan Rippo perlu bersaing untuk posisi sidelaner manakala Kyy dan Dreams akan memegang posisi masing-masing seperti musim lepas.

Mampukah pasukan BTR memberikan saingan hebat untuk musim kelapan ini? Mereka tewas di tangan EVOS Legends pada peringkat akhir musim lepas.

RELATED NEWS

+