PUBG: Pasukan Malaysia, SGDV2 tempat kelima di Grand Final Predator League 2022

Selepas mendapatkan dua kali Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) di dua peta terakhir, pasukan PUBG Malaysia, SGDV2 berjaya mendaki tiga anak tangga (dari tempat kelapan ke tempat kelima) Grand Final APAC Predator League 2022.

Mereka mencatatkan 104 mata, tujuh mata di belakang skuad Korea Selatan, GNL. Sementara itu, DWG Kia dan AAP berkongsi mata yang sama (125 mata) di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan Vietnam, Genius Esports berjaya menjuarai kejohanan itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$75,000 (RM347,000).

Pasukan Malaysia kedua, VR Universal 4Rivals hanya berpuas hati di tempat kesebelas.

Tahniah diucapkan!

RELATED NEWS

+