Bila Soloz main Among Us.. cukup kelakar!

Nama Soloz bukan saja disebut-sebut oleh peminat Mobile Legends tapi juga apabila beliau bermain Among Us bersama kawan-kawan.

Dalam dua video di Youtube yang dimuat naik baru-baru ini, Soloz atau Mohd Faris Zakaria menunjukkan gaya permainannya sebagai Impostor tapi seringkali ‘kantoi’ membunuh crewmates.

Ada juga keadaan di mana Soloz menuduh orang lain menjadi Impostor.

Soloz adalah penghibur penstriman langsung (streamer) Facebook Gaming nombor satu di Malaysia dengan jumlah pengikut 1 juta di laman sosial Facebook dan Instagram. Beliau juga merupakan pemain profesional Mobile Legends sebelum ini bersama Team Bosskurr.

Among Us adalah permainan seakan Werewolf yang mana anda perlu singkirkan Impostor dari kapal angkasa ataupun menyiapkan semua tugasan untuk menang.

Sebagai Impostor, tugas anda adalah membunuh semua kru kapal. Impostor mempunyai kelebihan masuk dalam vent, menutup pintu, mematikan sistem oksigen, komunikasi dan lain-lain.

RELATED NEWS

+