“Jangan taunting di hadapan penyokong pasukan lawan” – netizen

Baru-baru ini, satu ciapan dimuat naik di MPL MY Official Group tentang etika menyambut kemenangan yang dilakukan oleh penyokong terhadap penyokong lawan.

Ia dimuat naik oleh seorang ahli komuniti tanpa nama mendakwa daripada pengurusan Team Lunatix.

Ciapan ini ditujukan kepada penyokong ketika perlawanan di antara Homebois dan Team Lunatix.

Di dalam ciapan itu, dia menyatakan bahawa para penyokong yang datang ke Stadium Juara tidak perlu menjerit ke muka penyokong lawan selepas pasukan mereka menang.

Hal ini disebabkan terdapat ahli keluarga yang duduk di barisan hadapan tempat duduk penyokong.

Ada penyokong lawan yang menjerit dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada mereka yang datang untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga yang bermain.

Tambahan pula, penulis itu berpendapat jika mahu taunting sekalipun buat sahaja di tempat sendiri dan tidak berlari ke kawasan pihak lawan. 

Dia turut menyatakan untuk tidak mengikut budaya daripada penyokong MPL Indonesia dan Filipina.

Ramai bersetuju dengan ciapan ini termasuklah pengulas dan penganalisis MPL MY, Laphel serta pempengaruh Uncle Chikanook.

Pengasas HomeBois, Nureddy Nursal atau Daddyhood memohon maaf kepada semua pihak kerana kelab penyokong Homebois, Flamebois melakukan perkara itu.

Perlawanan di antara Homebois dan Team Lunatix berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Team Lunatix.

Perlawanan ini juga merupakan comeback game untuk Soloz yang tidak bermain sejak 3 tahun lalu.

RELATED NEWS

+