Black Shark di Shopee."> Black Shark di Shopee." /> Black Shark di Shopee." />

Black Shark 3S dan Black Shark Game Triggers akan mula dijual pada 8 September

Black Shark mengumumkan telefon pintar gaming Black Shark 3S akan dilancarkan di Malaysia pada 8 September tepat pada waktu 12AM. Anda boleh membelinya secara dalam talian melalui laman rasmi Black Shark di Shopee.

Dua model berbeza Black Shark 3S akan dilancarkan di Malaysia. Kedua-dua model mempunyai RAM 12GB, perbezaannya cuma storan dalaman 128GB dan 256GB. Spesifikasi dalaman lain semuanya sama.

Berikut adalah harga untuk kedua-dua model tersebut:

Black Shark 3S 12GB RAM + 128GB ROM = RM3,199

Black Shark 3S 12GB RAM + 256GB ROM = RM3,499

Sama seperti Black Shark 3, Black Shark 3S mempunyai pemproses Snapdragon 865 dan skrin 6.67 inci beresolusi 1080 x 2400. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang sama iaitu 4,720 mAh.

Black Shark 3S cuma mempunyai dua kelebihan berbanding Black Shark 3 iaitu UFS 3.1 (berbanding UFS 3.0) dan kadar segar semula 120Hz (berbanding 90Hz).

Untuk menarik minat pembeli, Black Shark mengadakan promosi istimewa unutk 100 pembeli pertama Black Shark 3S di Shopee.

50 pembeli pertama Black Shark 3S akan menerima barangan percuma bernilai RM850 iaitu:

  • Black Shark Carry Case
  • Black Shark FunCooler
  • Setahun perlindungan skrin retak
  • Baucar Shopee bernilai RM100
  • Barangan Black Shark misteri

50 pembeli seterusnya pula juga akan menerima barangan percuma bernilai RM850 tetapi ada sedikit perbezaan:

  • Black Shark Gamepad 2.0 Left + Gamepad 3.0 Holder
  • Black Shark FunCooler
  • Setahun perlindungan skrin retak
  • Baucar Shopee bernilai RM100
  • Barangan Black Shark misteri

Pada tarikh yang sama bersama pelancaran Black Shark 3S di Malaysia, Black Shark juga akan melancarkan aksesori Black Shark Game Triggers. Ia akan dijual pada harga RM89.

Aksesori ini dibuat untuk memudahkan pengalaman permainan mudah alih dalam genre tembakan seperti PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile, dan Garena Free Fire.

Black Shark Game Triggers boleh dipasangkan terus di mana-mana telefon pintar Android dan iOS. Ia bukan produk eksklusif yang hanya boleh digunakan bersama telefon pintar Black Shark.

Jika anda berminat untuk membeli Black Shark 3S dan Black Shark Game Triggers, pastikan anda mengikuti laman rasmi Black Shark di Shopee. Kedua-dua produk di atas akan dilancarkan pada 8 September pada waktu 12AM.

RELATED NEWS

+