Rainbolt letak Kuala Lumpur di Tier C dalam ranking bandar dilawatinya

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pemain GeoGuessr terkenal, Rainbolt baru-baru ini mendedahkan kedudukan untuk bandar-bandar yang dilawatinya sepanjang lapan bulan menjelajah dunia.

Dia melawat negara seperti Thailand, Laos, Italy dan juga Malaysia. Namun bagi Rainbolt, Malaysia terutama sekali Kuala Lumpur berada di Tier C.

Pada awalnya, Rainbolt berada di Malaysia untuk satu bulan namun dia meninggalkan Malaysia selepas satu minggu kerana dia tidak menikmati saat berada di Malaysia.

Baginya, Kuala Lumpur merupakan satu bandar yang sangat moden berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Walaupun makanan di Malaysia sangat sedap serta perbelanjaan yang murah, bagi Rainbolt, Kuala Lumpur seperti hilang teras budaya (core culture) di bandar itu dan baginya, ia seperti bukan di Asia. 

Pada awalnya dia mahu meletakkan Malaysia di Tier D namun dia meletakkan Malaysia di Tier C selepas Rainbolt melihat seekor monyet makan.

Rainbolt lebih gemar untuk mempelajari budaya negara lain terutama sekali di Asia Tenggara.

Akhir sekali, dia menyatakan bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk menilai balik negara ini serta menikmati makanan di Malaysia yang baginya paling sedap sepanjang lapan bulan menjelajah dunia.

RELATED NEWS

+