Inilah bracket untuk acara MLBB di Sukan SEA 2023

Acara MLBB di Sukan SEA yang akan berlangsung di Kemboja sudah diundi kepada dua kumpulan.

Malaysia menghantar wakil ke kedua-dua acara iaitu kategori terbuka berpasukan dan wanita berpasukan.

Pasukan Malaysia kategori terbuka akan berada di Kumpulan A dan mereka diundi bersama pasukan Laos, Filipina, Timor Leste dan Vietnam.

Manakala untuk Kumpulan B, pemenang pingat perak di Sukan SEA Hanoi 2021 iaitu Indonesia akan berjumpa dengan Kemboja, Singapura, dan Myammar.

Bagi pasukan Malaysia kategori wanita pula, mereka diundi di Kumpulan B bersama Laos dan Vietnam manakala untuk Kumpulan A, Kemboja akan berada di dalam satu kumpulan dengan Filipina dan Indonesia.

Pasukan Malaysia kategori wanita akan memulakan saingan mereka pada 10 Mei di mana mereka akan berjumpa dengan Laos pada perlawanan pertama sebelum mengakhiri hari mereka dengan pertemuan menentang Vietnam.

 

Untuk pasukan Malaysia kategori terbuka, mereka akan memulakan saingan pada 13 Mei di mana pasukan negara akan berjumpa dengan Vietnam sebelum menentang dengan pemenang pingat emas di Sukan SEA Hanoi 2021 iaitu Filipina.

Selepas itu, mereka akan berjumpa dengan Timor Leste dan Laos sebagai perlawanan penutup.

Format yang akan digunakan ialah Best of 1 di peringkat kumpulan dan hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir, mereka akan bermain dengan format Best of 3 di mana pemenang akan berlawan untuk mendapatkan pingat emas manakala pasukan yang tewas berpeluang untuk merebut pingat gangsa.

Kami di MyGameOn ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023.

RELATED NEWS

+