Black Shark lancar dua aksesori gaming – Gaming TWS Joybuds & Gaming Mouse Mako M1

Black Shark kali ini secara rasmi melancarkan aksesori permainan terbaru mereka bagi permainan mudah alih dan permainan PC iaitu earbuds nirwayar Gaming TWS JoyBuds dan tetikus permainan Black Shark Mako M1. 

Black Shark Gaming TWS JoyBuds

Gaming TWS JoyBuds adalah percubaan pertama Black Shark bagi kategori earbuds nirwayar dengan menampilkan teknologi sambungan Bluetooth 5.2 untuk sambungan audio yang lebih stabil dan latensi yang rendah. 

Ia menampilkan pemacu bersaiz 14.2mm dengan diafragma titanium komposit bagi memberikan kualiti audio yang cukup oomph. Selain, ditala (tuned) oleh Golden Ear Master bagi memberikan prestasi terbaik seiring dengan perkakasan terbaik.

JoyBuds juga dilengkapkan dengan dua mikrofon ENC (Environmental Noise Cancellation) untuk kegunaan dalam permainan dan perbualan yang lebih jelas dan ciri pengesan dalam telinga serta kawalan sentuhan. 

JoyBuds ini juga hanya seberat 4.5g dengan jangka jayat bateri selama 6 jam dengan bekas pembawa yang membekal bateri selama 28 jam dan boleh mengecas penuh earbuds dalam masa 1.5 jam sahaja. 

Tetikus Permainan Black Shark Mako M1 

Black Shark Mako M1 pula adalah tetikus berfokuskan permainan yang cara penggunaan serba boleh sama ada dengan wayar atau nirwayar. Bagi kegunaan nirwayar ia didatangkan dengan bateri yang boleh dicas semula.

Ia direka dengan rekaan honeycomb yang menjadikan tetikus ini hanya seberat 90g tanpa bateri dan rekaan yang ergonomik selesa ditangan pemain. 

Mako M1 juga dilengkapkan dengan keupayaan sensor optikal 10,000DPI, dan 6 butang yang boleh diprogram yang boleh dilaras di dalam perisian Black Shark Gaming Software. Selain itu, ia didatangkan pencahayaan RGB yang menampilkan 6 mod paparan yang boleh dilaras mengikut citarasa anda.

Bagi mereka yang berminat boleh layari kedai dalam talian Black Shark di Shopee untuk dapatkan Gaming TWS JoyBuds dan Gaming Mouse Mako M1

Selain itu, earbud Black Shark Lucifer T1 juga kini dijual dengan hanya RM169.00 di kedai Black Shark di Shopee.

RELATED NEWS

+