Black Shark 3 di pasaran Malaysia. Ia mempunyai spesifikasi hebat seperti skrin AMOLED resolusi 2K, RAM 8GB, dan banyak lagi."> Black Shark 3 di pasaran Malaysia. Ia mempunyai spesifikasi hebat seperti skrin AMOLED resolusi 2K, RAM 8GB, dan banyak lagi." /> Black Shark 3 di pasaran Malaysia. Ia mempunyai spesifikasi hebat seperti skrin AMOLED resolusi 2K, RAM 8GB, dan banyak lagi." />

Black Shark 3 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun 2020

Pada penghujung bulan April, Black Shark melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 3 di pasaran Malaysia. Ia mempunyai spesifikasi hebat seperti skrin AMOLED resolusi 2K, RAM 8GB, dan banyak lagi.

Model yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi iaitu Black Shark 3 Pro juga akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia akan mula dijual melalui laman Shopee rasmi Black Shark pada 4 Jun 2020.

Pada waktu ini, butiran-butiran seperti harga dan maklumat lain belum lagi didedahkan. Spesifikasi Black Shark 3 Pro boleh dirujuk di laman web rasmi Black Shark.

Antara penambahbaikkan yang didapati di Black Shark 3 Pro ialah skrin yang lebih besar (7.1 inci) dan mempunyai resolusi 2K+. Ia juga mempunyai bateri yang lebih besar dengan kapasiti 5,000mAh berbanding dengan 4,720mAh di Black Shark 3.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+