Xiaomi melancarkan Black Shark Magnetic Cooler di Malaysia

Bermain permainan dan menonton video yang lama kadang-kala mengakibatkan telefon jadi cepat panas dan mengurangkan prestasi peranti itu sendiri. Lama-kelamaan kemungkinan jangka hayat telefon pintar anda juga akan berkurangan.

Berbanding teknologi sistem penyejukan yang semakin canggih dan efisyen bagi komputer dan laptop, sistem penyejukan di telefon pintar masih agak perlahan dan kurang diimplementasi oleh kebanyakan pengeluar.

Black Shark kali ini melancarkan alat penyejuk terbaru telefon pintar terbaru mereka iaitu Black Shark Magnetic Cooler.  

Alat penyejuk ini menggunakan 112 sirip pemindah haba, kipas berkelajuan tinggi 7200RPM dan reka bentuk pemindah haba yang terbukti berkesan. Dengan gabungan komponen ini, ia dapat mengurang kan suhu telefon pintar sehingga 23 darjah Celsius.

Alat penyejuk ini disertakan satu pelekat magnetik pengalir haba yang perlu ditampal di belakang telefon pintar, sebelum memasang Black Shark Magnetic Cooler. Di mana pelekat magnetik itu akan bertindak sebagai heatsink, untuk meningkatkan lagi pengaliran haba, bebanding menggunakan klip. 

Black Shark Magnetic Cooler ini sesuai untuk digunakan pada hampir semua model telefon pintar termasuk iPhone 12 dan telefon pintar Android yang terbaru.

Black Shark Magnetic Cooler akan dijual pada harga RM219, dan  boleh didapatkan di kedai-kedai atas talian rasmi Black Shark di Shopee dan Lazada.

RELATED NEWS

+