Pasukan Blacklist International tempoh hari gagal untuk melayakkan diri ke peringkat playoff MPL PH musim ke-9.
View this post on Instagram
Faktor kegagalan mereka itu didedahkan oleh Oheb selaku gold laner mereka. Dia menyatakan faktor mereka gagal layak adalah kerana mereka kurang serasi disebabkan ada pemain baru.
“Blacklist International gagal di MPL PH musim ke-9 kerana kami tidak serasi. Pada waktu itu, kami mempunyai jungler dan juga support baru,” ujarnya.
Terdahulu, OhMyV33nus dan Wise menyatakan hasrat mereka untuk berehat di musim ke-9 selepas memenangi Kejohanan Dunia M3.
Oleh sebab itu, pasukan Blacklist International harus mencari jungler dan support baru. Keserasian itu mengambil masa dan itu menyebabkan mereka gagal untuk terus bersaing bersama pasukan lain.
Sumber: ONE Esports
Foto: Filipino News