Blacklist International menyatakan hasrat mereka ingin berlawan dengan Team SMG di MPLI

Juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina musim kelapan iaitu Blacklist International mengungkapkan mereka mahu berlawan dengan Team SMG di Kejohanan Jemputan MPL (MPLI) 2021.

“Kami ingin menghadapi Team SMG,” kata Bon Chan. “Mereka mampu menang dengan skor 4-0 tanpa berbalas kekalahan di perlawanan Grand Final MPL MY musim kelapan tempoh hari. Jadi saya fikir mereka adalah lawan yang bagus dan kami ingin menghadapi mereka,” katanya.

Selain itu, OhMyV33nus juga ada menyebut ingin bertemu dengan Team SMG di Kejohanan Dunia M3 kelak. “Bagi saya, Team SMG adalah lawan yang kuat kerana mereka mampu menyapu bersih pasukan Todak dan saya rasa mereka adalah sebuah pasukan yang solid,” ujar beliau.

Team SMG mengejutkan para peminat MLBB tanah air selepas mereka berjaya muncul juara di MPL MY musim kelapan dengan menewaskan Todak 4-0. Kemasukan Sasa di dalam pasukan dan bermain marksman dalam perlawanan menentang Todak adalah salah satu kunci kemenangan mereka.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+