Blacklist International raih gelaran juara MPL PH musim kelapan

Perlawanan MPL PH musim kelapan di peringkat Grand Final menyaksikan pasukan Blaclist International akan bertemu dengan pasukan ONIC PH. 

Blacklist International berjaya mara ke peringkat akhir selepas berhempas pulas di peringkat lower bracket menentang pasukan NXPE dan Omega.

Mereka berjaya mendapatkan gelaran juara selepas menumbangkan pasukan ONIC PH dengan skor 4-1. Satu kemenangan yang sangat bermakna buat pasukan ini.

Ini bermakna, pasukan ONIC PH dan Blacklist International akan mewakili negara mereka untuk ke Kejohanan Dunia M3.

Adakah mereka akan mampu untuk memberikan saingan hebat seperti yang dipamerkan oleh Bren Esports pada edisi lalu? Kita bakal saksikan pada bulan Disember ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Blaclist International!

Foto: MPL 

RELATED NEWS

+