ura-ura mengatakan Borderlands 3 akan keluar pada tahun ini adalah benar."> ura-ura mengatakan Borderlands 3 akan keluar pada tahun ini adalah benar." /> ura-ura mengatakan Borderlands 3 akan keluar pada tahun ini adalah benar." />

Borderlands 3 Sudah Ada Tarikh RASMI, Pamer Karakter Baru Dan Berjuta-juta Senjata!

Nampak gayanya ura-ura mengatakan Borderlands 3 akan keluar pada tahun ini adalah benar.

Gearbox Software mengesahkan bahawa Borderlands 3 bakal dikeluarkan pada 13 September 2019. Di samping itu, sebuah trailer baru juga menandakan Borderlands 3 versi PC akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store sehingga April 2020.

Trailer terbaru Borderlands 3 menonjolkan aksi gameplay dengan kemunculan empat karakter baru: Moze (Gunner), Amara (Siren), FL4K (Beastmaster) dan Zane (Operative), masing-masing dengan kebolehan tersendiri serta penampilan pertama penjahat, The Calypso Twins. Saksikan Vault Hunter ini beraksi di bawah:

Seperti ditayangkan dalam trailer, Moze berupaya untuk memanggil robot yang boleh dinaiki, Amara boleh mengawal lengan mistikal untuk bertempur, FL4K mampu mengawal raksasa flak dan Zane pula laju mengalih perhatian musuh dan boleh lari dengan pantas.

Borderlands 3 menawarkan berbilion-bilion senjata yang korang inginkan daripada pelbagai stail pembuatan tersendiri seperti dari syarikat DAHL, Atlas dan banyak lagi.

The Calypso Twins

Bukan itu sahaja, Borderlands 3 akan jadikan permainan mod co-op lebih mantap. Korang boleh bermain bersama-sama rakan korang tak kira level mana pun (contohnya korang level 40 dan kawan berada di level 20).

Selain itu, korang boleh terima loot mengikut level masing-masing (loot level 40 untuk level 40 sahaja) dan musuh juga mengikut level sama! Pada masa yang sama, korang juga bebas untuk berkongsi semua loot seperti dalam Borderlands 2 terdahulu. 

Gearbox menjanjikan lebih banyak perkara terperinci dari segi cara combat dalam satu siaran langsung pendedahan gameplay yang akan dilakukan pada 1 Mei ini.

Borderlands 3 bakal dilancarkan pada 13 September 2019 di Epic Games Store (PC), PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+