BREN Esports membawa masuk 4 pemain baru untuk musim kelapan

Bekas juara kejohanan dunia Mobile Legends M2, BREN Esports sudah mengumumkan empat pemain baru iaitu Coco, L3bron, Malik dan Rimuru ke dalam skuad Mobile Legends mereka. Pengumuman itu dibuat pada hari Isnin melalui posting akaun rasmi Facebook mereka.

Bren Esports sudah menggegarkan arena e-sukan Mobile Legends selepas mereka berjaya menjadi juara di dalam kejohanan dunia M2. Mengalahkan beberapa pasukan terkuat Asia Tenggara seperti RRQ Hoshi, Todak dan Alter Ego.

Mereka berjaya muncul juara apabila berjaya mengalahkan pasukan dari Myanmar, Burmese Ghouls dengan skor 4-3. Namun begitu, prestasi mereka dilihat semakin merudum sejak kebelakangan ini. 

BREN Esports kecundang di peringkat awal playoff di MPL PH musim ketujuh, mereka tewas di tangan pasukan Execration. Bekas juara MPL PH musim keenam ini tidak dapat mempertahankan takhta mereka dan pasukan Blacklist International muncul juara musim ketujuh.

Kemasukan pemain baru kali ini diharap dapat membuat perubahan di dalam pasukan BREN Esports, mereka berharap untuk menjulang piala bagi musim kelapan serta kejohanan dunia M3 yang akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi.

RELATED NEWS

+